NLSUH2022

Apa itu Hackathon?

Hackathon adalah satu program di mana para peserta perlu bekerja secara berkumpulan dalam masa yang terhad untuk mencipta penyelesaian yang efektif dalam dengan menggunakan teknologi. Lazimnya, para peserta dikehendaki untuk menghasilkan prototaip berdasarkan penyelesaian mereka di akhir hackathon.

Hackathon adalah program yang akan mencabar para peserta untuk meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah. Selain itu, hackathon membuka peluang buat para peserta menerekoi teknologi terkini di samping bekerjasama sebagai satu pasukan.

Objektif

Misi kami adalah untuk mendidik peserta berkenaan teknologi internet dan digital. Kami percaya program ini dapat menyediakan platform yang baik buat para pelajar untuk belajar berkaitan Industri 4.0, Internet of Things (IoT), kemahiran komunikasi, kemahiran teknikal, dan kemahiran analitikal.

Intensif Pengetahuan

Pertandingan ini menyediakan platform untuk para pelajar menyerlahkan kreativiti dan kemahiran kolaborasi, yang merupakan dua kemahiran penting buat pembelajaran masa hadapan dan pembangunan kerjaya.

Menggalakkan Kerjasama

Pertandingan ini menyediakan platform untuk para pelajar menyerlahkan kreativiti dan kemahiran kolaborasi, yang merupakan dua kemahiran penting buat pembelajaran masa hadapan dan pembangunan kerjaya.

Melahirkan Bakat Berkemahiran Tinggi

Dengan menyertai pertandingan ini, para pelajar dapat mengembangkan kemahiran pemerhatian dan kemahiran analitikal mereka. Para pelajar dapat mengenalpasti masalah di sekitar mereka dan seterusnya membangunkan penyelesaian IoT yang cekap.

Syarat-syarat Penyertaan

Smart Uni

  • Pelajar university, institusi pengajian tinggi, atau kolej di Malaysia berusia 18 hingga 25 tahun sahaja.
  • Setiap pasukan harus mempunyai 2 hingga 4 pelajar. 
  • Setiap pasukan perlu mempunyai seorang penasihat. 
  • Setiap universiti, institusi pengajian tinggi, atau kolej dibenarkan menghantar bilangan pasukan yang tidak terhad.
  • Setiap pasukan hanya boleh menghantar SATU (1) idea sahaja.

Tema Pertandingan

Bandar Pintar

Pertanian Pintar

Pelancongan Pintar

Universiti Pintar

Kesihatan Pintar

Sukan Pintar

Fasa Pertandingan

Smart Uni IoT Hackathon dianjurkan bagi mengajar dan membimbing para pelajar untuk menghasilkan penyelasaian IoT mereka sendiri. Oleh itu, pertandingan ini mempunyai 4 fasa seperti berikut:

Hadiah Penyertaan

Smart Uni

Prizes

Zone Level

RM 250

Prizes

Tempat Pertama

RM1,500

Tempat Kedua

RM900

Tempat Ketiga

RM600

*Pasukan terpilih akan menerima

T-shirt

Pingat

e-Sijil

Latihan

Stiker

*Pelajar tahun akhir akan berpeluang untuk mendapatkan penempatan latihan industri

Testimoni

Secara keseluruhan, program ini adalah program yang cukup bagus. Saya sangat berpuas hati. Saya berharap agar dapat melibatkan diri dalam program ini lagi di masa hadapan.

Musang King Team, SMK Batu Lintang, Sarawak

Saya ingin mencadangkan buat semua pihak untuk memberi galakan buat para pelajar. Tunjukkan kepada mereka bahawa IoT adalah menyeronokkan dan mereka dapat mengenali orang baharu. Program ini dapat menghubungkan para pelajar antara satu sama lain. Pelajar sering menganggap bahawa ‘programming’ adalah sesuatu yang sukar. Namun begitu, ia menjadi tidak sukar setelah didalami dan dipelajari. Pelajar juga boleh menjadi pereka cipta yang Berjaya. Terima kasih buat pihak penganjur kerana telah menggalakkan kami untuk menjadi lebih yakin dan percaya diri.

3Orkid Team, SMK St. Augustine Betong, Sarawak

Saya sangat menghargai pihak penganjur kerana mengadakan bootcamp berkaitan IPB dan juga keusahawanan. Sebagai seorang guru RBT, perniagaan dan inovasi adalah sangat penting. Saya menghargai input yang diberikan oleh program ini buat saya dan pelajar saya.

Guru Penasihat Eco Warrior Team , SMK Simpang Rengam Kluang, Johor

Saya mendapati bahawa ahli-ahli kumpulan lain adalah menyeronokkan dan baik. Selain itu, kebanyakan daripada mereka adalah sangat interaktif. Mereka faham bahawa pertandingan ini adalah serius. Namun begitu, mereka masih dapat berseronok dan membuatkan program ini lebih menyenangkan dan menarik.

Four Techie Amigos Team, SMK Bintulu Bintulu, Sarawak

Saya menghargai semua panel juri dan penganjur yang telah saya temui secara dalam talian semasa webinar dan pembentangan idea. Saya sangat menyukai usaha para penganjur untuk membekalkan kami dengan kit Arduino dan memberi peluang buat kami mepelajari lebih banyak berkaitan peranti tersebut. Program ini menggalakkan saya untuk bekerjasama dengan guru dan rakan sepasukan.

Tiresias Team, Kolej Tunku Kurshiah Serembar, N. Sembilan

Disokong Oleh

Dengan Kerjasama

NOTIS PENTING

Keputusan pihak penganjur berkaitan mana-mana aspek pertandingan adalah muktamad dan tiada pertimbangan lanjut akan dibuat mengenainya.

Pihak penganjur berhak untuk menamatkan atau menggantung pertandingan pada bila-bila masa mengikut budi bicara pihak penganjur secara mutlak. Penamatan atau penggantungan tidak akan mengikut sebarang tuntutan oleh pemohon atau peserta. Pihak pengajur berhak untuk tidak memberi hadiah sekiranya penyertaan pasukan tidak memadai.